NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PANGLIMA PERANG
Nabi Muhammad senantiasa mendapat ancaman
bahkan upaya pembunuhan dari orang-orang kafir yang menentang dakwahnya. Namun
demikian, pengikut Muhammad yang sedikit ketika itu senantiasa membela beliau
hingga ke medan peperangan. Mereka rela mati demi membela Nabi Muhammad.
Sejarah telah mencatat kejeniusan dan kehebatan
Rasulullah sebagai panglima di bidang militer dan strategi perang, yang tak
tertandingi oleh Panglima perang manapun, siapapun dan dalam perang apapun,
serta pada waktu kapanpun, baik pada masa lalu, sekarang maupun yang akan
datang. Dan fakta-fakta menunjukkan bahwa Rasulullah Sang Panglima telah
mempelopori dan menerapkan seluruh “Principles Of War” yang hari ini menjadi
rujukan setiap Panglima perang dan tentaranya.
Dari peperangan yang banyak itu, yang paling
terkenal hingga sekarang adalah Perang Badar, yakni peperangan antara 300
tentara pimpinan Muhammad melawan 700 tentara kafir Mekah (H.G. Wells, The
Outline of History, 1949). Kemenangan yang diraih dalam Perang Badar
ini--sebagaimana dijelaskan dalam Al-Qur'an--tidak terlepas dari bantuan dari
3.000 malaikat yang secara khusus diturunkan oleh Allah dari langit untuk
membantu tentara pimpinan Muhammad.
Peperangan
Badar
Muqaddimah:
Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke
Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar,
Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah
arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak
senang hati dengan kemajuan ini.
Perang Badar merupakan perang pertama yang
dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat
Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak
terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan
iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan
Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan
bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa
besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan
perintahnya dan menjauhi larangannya.
Sejarah :
Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn
Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang
diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran
hebat kepada mereka. Kaum
Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua
pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya menyedari pihak
Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda
telah membuat persediaan yang lebih awal.
Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera
telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang
pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan
tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.
Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan
tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar
utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari
Makkah.
Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham
sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh
menakutkan. Atiqah telah
bermimpi melihat seorang musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri
diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat
kuat.
“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah
kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari.”
Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir
tersebut kemudian ia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia
diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki
itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali
ketiga. Musafir itu
kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba dibawah gunung,
ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas
dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.
Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya
dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu
Jahal. Tetapi Abu Jahal
dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah
diperlecehkan olehnya.
Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang
mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu
Jahal. Beliau ingin
mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal. Pada ketika
beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, yaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai
ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan. Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh
dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan
tindakan Muhammad. Mereka lalu
mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang
ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada
diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka
untuk ikut serta.
Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi
Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk
mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat ynag
perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul. Baginda bergerak bersama-sama para
pengikutnya. Baginda menuju
ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin
Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar
mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka.
Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan
tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa
ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu
menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat
mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.
Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah
pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur
dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa
asal mulanya berangkat dari madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta
yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan,
sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah. Rasulullah bimbang jika ada diantara
tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang
berperasaan
Angkatan Unta yang dikejar telah terlepas
jalan. Pasukan tentera Quraisy
begitu besar berlipat ganda. Alat
perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.
Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan
pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad S.A.W mengadakan permusyawaratan bersama
pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka
berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk
berperang. Ketika itu
Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a
melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:
“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur
dengan musuh!”. Diikuti
pula dengan Umar r.a. Kemudian
seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :
“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa
yang Allah telah perintahkan pada Tuan! Maka kita serta Tuan. Demi Allah, kita tidak akan berkata
kepada Tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman
dahulu. “Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau
berdua. Kita sesungguhnya
akan duduk termenung saja.”. Akan
tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan
berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan. Kita
sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang. Demi Allah, jikalau Tuan berjalan
dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama Tuan
daripada yang lainnya. Kita
akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang
Tuan.
Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari
kaum Anshar. Melihat
keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang
memberi keyakinan pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara
pahlawan yang lain.
Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat
dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak
kegirangannya. Pada saat
itu juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7
yang ertinya :
“Sebagai Tuhanmu(Muhammad) mengeluarkan akan
kamu dari rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang
beriman itu sungguh benci. Mereka
membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang,
seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan
golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak
berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan
kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang
tidak percaya”
(Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)
Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada
seluruh tenteranya:
“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana
sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua
golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi
Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum
Quraisy,”
Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang
sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas
dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu
ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang
menjadi kepentingan diri mereka sendiri.
Dipihak Quraisy pula ada beberapa kocar kacir
yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.
Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a
kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan
meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekelian
tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :
“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan
janji dan perjanjian Engkau. Ya
Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau
disembah lagi.”
Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W
berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa
berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahwa
Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.
Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab,
sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus
bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang
keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin
Utbah. Dan dari tentera
Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin
Rawahah. Mereka bertiga
adalah dari kaum Anshar. Tetapi
kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu
menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan
dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin
Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga
akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah
Bin Al-Harits yang syahid. Ini
adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.
Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang
berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati
gerak-geri tentera Islam. Dengan
sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya,
melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan
darah. Tentera Islam
senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.
Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan
do’a pada Allah memohon kemenangan tentera
Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh
dengan mendadak sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan
bagaikan orang ketakutan. Tetapi
tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar
r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :
“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah
kepadamu. Ini Malaikat
Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya
berdebu.”
Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya
dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut
serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin
berkobar-kobar semangatnya. Ramai
pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan
melarikan diri. 70 orang
kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14
yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari
sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera musyrikin
dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.
Kemenangan ini disambut dengan riang gembira
oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak
dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa
pemergian tentera Islam ke Badar itu.
Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan
bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang tawanan perang. Rasulullah juga berpesan pada orang
ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada
kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang
tawanan. Sehingga orang
tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah kemudian
berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang menyatakan dibunuh saja
kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari
Makkah. Ada pula yang lebih
lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka
akan insaf dan tertarik dengan Islam. Setelah
lam berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka
dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan
masing-masing. Setinggi
empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham. Bagi yanng miskin tetapi ada
pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang
kanak-kanak Islam. Mereka
semua dibebaskan apabila tebusan telha dibayar atau kanak-kanak itu telah
pandai.
Petunjuk Rasulullah SAW dalam berperang:
• Rasulullah saw. menganjurkan berperang pada
pagi hari, jika beliau tidak berperang di pagi hari, maka beliau menunda
peperangan sampai tergelincir matahari dan angin berhembus.
• Beliau memba’iat para sahabatnya dalam perang
agar tidak melarikan diri, terkadang beliau membai’atnya supaya bersedia untuk
mati, mereka di bai’at untuk berjihad sebagaimana mereka di bai’at karena untuk
islam
• Beliau bermusyawarah dengan para sahabatnya
dalam masalah jihad, ketika bertemu musuh dan ketika memilih posisi.
• Beliau berada di belakang untuk memberikan
mereka air minum dalam perjalanannya, beliau membantu yang lemah dan berada di
belakang orang-orang yang telah letih tunggangannya (unta atau kuda),
Rasulullah saw. Adalah orang yang paling sayang dan ramah buat mereka ketika
mereka sedang dalam perjalanan.
• Jika beliau hendak berperang maka beliau
menggunakan taktik atau strategi, beliau bersabda: “perang adalah (memerlukan)
strategi”.
• Rasulullah saw. Selalu Mengutus mata-mata
untuk mengabarkan keadaan musuh.
• Jika beliau telah berhadapan dengan musuhnya,
maka beliau berhenti dan berdo’a meminta pertolongan kepada Allah Swt. Beliau
dan para sahabatnya memperbanyak mengingat Allah Swt. (berdzikir kepada Allah
Swt.) dengan mengecilkan suara mereka.
• Rasulullah saw. Memakai
peralatan-peralatannya untuk berperang, beliau memakai baju besi, topi baja dan
menyandang pedang, beliau juga membawa busur dan anak panah, serta memakai
perisai atau tameng.
• Rasulullah saw. Menertibkan para pasukan dan
pertempuran, beliau meletakkan setiap sudut atau segi yang sesuai untuknya, dan
beliau memimpin peperangan.
• Jika pasukan telah turun (ke medan perang)
maka beliau mengumpulkan mereka atas sebagian yang lain dengan sebagian yang
lain, sehingga jika seandainya di bentangkan sebuah kain di atas mereka maka
akan meliputi mereka.
• Beliau menertibkan barisan-barisan, dan
memerintahkan mereka ketika berperang dengan tangan beliau, dan Rasulullah saw.
Bersabda: wahai fulan kamu maju, wahai fulan kamu mundur.
• Beliau senang dengan orang yang berperang di
bawah bendera kaumnya.
• Terkadang Rasulullah saw. Menyerang musuhnya
di waktu malam, terkadang beliau menyerang mereka di waktu siang hari.
• Dan jika beliau bertemu dengan musuh maka
beliau berdo’a:
“Allahumma munzilal kitaab, wa majria ssahaab,
wahaazimul ahzaab, ihzimhum wanshurnaa ‘alaihim”.
Artinya: “Ya Allah! Yang telah menurunkan al
kitab (al Qur’an), dan yang menggerakkan awan, Yang mengalahkan golongan yang
bersekutu (musuh), Kalahkanlah mereka dan berilah kami kemenangan atas mereka”.
Terkadang beliau mengatakan: “Golongan itu
pasti akan di kalahkan dan mereka akan mundur ke belakang. Sebenarnya hari
kiamat itulah hari yang di janjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat
dan lebih pahit”. (QS. Al Qamar: 45-46).
Terkadang beliau mengatakan: “ya Allah!
Turunkanlah pertolongan-Mu”. Dan beliau membaca: “Ya Allah! Engkau adalah
lenganku (pertolongan-Mu yang ku andalkan dalam menghadapi lawanku) Engkau
adalah pembelaku, dengan pertolongan-Mu aku berputar-putar, dengan
pertolongan-Mu aku menyergap, dan dengan pertolongan-Mu aku menyerang”.
• Dan jika manusia merasa keletihan (dengan
perang yang berkecamuk) beliau mengingatkannya agar bertakwa kepada Allah, dan
beliau berada paling dekat dengan musuh.
• Dan jika beliau menemui musuhnya, maka beliau
memperkenalkan dirinya, dengan mengatakan: “Saya adalah seorang Nabi dan bukan
suatu kebohongan, saya cucu Abdul Muttalib”.
• Rasulullah saw. Senang bersikap bangga diri
ketika berada di medan perang (untuk membangkitkan semangat prajuritnya).
• Rasulullah saw. Memakai penjaga, dan ketika
turun firman Allah Swt.:
“…Allah memelihara kamu dari (gangguan)
manusia…”. (QS. Al Maaidah: 67). Beliau keluar kedepan orang-orang dan
mengabarkan hal tersebut, dan mengosongkan penjagaan.
• Dan jika Rasulullah saw. Mengutus sariyyah
(pasukan) beliau memberinya wasiat agar bertakwa kepada Allah swt. Beliau
bersabda: “berjalanlah dengan Nama Allah, dan di jalan Allah, perangilah
orang-orang yang kafir kepada Allah Swt…dan jangan membunuh bayi “.
• Dan beliau melarang untuk membunuh wanita dan
anak-anak.
• Dan beliau memerintahkan kepada pimpinan
pasukan (yang di utus) agar mendakwahi atau mengajak musuhnya sebelum
berperang, dengan menawarkan pilihan yaitu, masuk islam dan berhijrah atau
masuk islam tanpa berhijrah, dan mereka seperti orang-orang pedalaman muslim,
mereka tidak mempunyai bagian dalam hal ghanimah harta rampasan perang, atau
membayar pajak (upeti), dan jika mereka mengabulkannya maka terimalah mereka,
dan jika mereka menolak maka mintalah pertolongan kepada Allah Swt. Dan
perangilah mereka.
• Terkadang Rasulullah saw. Berperang dengan
menggunakan manjanik (alat pelontar batu).
• Rasulullah saw. Melarang dalam peperangan
merampas atau merampok dan al mutslah, kata al mutslah ialah: pencemaran nama
baik (fitnah) sebelum di bunuh atau setelahnya.
• Rasulullah saw. Melarang membawa al Qur’an
ketika hendak bepergian ke daerah musuh.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar